Sunday, May 17, 2009

Manchester United Won a Title Barclays EPL Champion 2009



MANCHESTER - Manchester United sah muncul juara Liga Perdana England musim 2008/2009 selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Arsenal di Old Trafford semalam.

Kejayaan itu menjadikan United pasukan pertama berjaya memenangi kejuaraan liga bagi tiga musim berturut-turut sebanyak dua kali.Kemenangan lain ialah memenangi kejuaraan sumbangsih,di ikuti FIFA world club champion , Carling Cup dan Champions EPL .Pemburuan seterusnya ialah menentang pasukan Barcelona FC di Rome pada 28 hb May 2009.

Selepas mengungguli liga pada musim 1998/1999, 1999/2000 dan 2000/2001, semalam United sekali lagi melakar kejayaan hatrik bermula musim 2006/2007, 2007/2008 dan 2008/2009.

United kini telah 11 kali menjuarai Liga Perdana England daripada 17 musim mereka di bawah bimbingan pengurus Alex Ferguson.

Kejayaan kali ini juga membolehkan mereka mengikat Liverpool sebagai juara terbanyak kempen liga dengan 18 kali kejayaan.

Bagi Ferguson pula, dia kini telah mengumpul 25 trofi kejuaraan utama sejak membimbing United pada 1986.

United tidak berdiam diri dan melakukan percubaan empat minit kemudian tetapi tandukan Wayne Rooney hasil hantaran silang Michael Carrick juga sedikit tersasar.

Babak kedua bersambung, bintang United, Cristiano Ronaldo melakukan percubaan hasil hantaran Carlos Tevez tetapi ia melepasi palang gol.

Ia juga merupakan sentuhan terakhir Tevez yang dikeluarkan selepas itu dengan diikuti ejekan para penyokong United yang tidak menggemari tindakan Ferguson mengeluarkannya.

Selepas tiga minit masa kecederaan diberi, pengadil Mike Dean akhirnya meniup wisel penamat dan serentak dengan itu, Ferguson terus berlari ke arah padang untuk meraikan kejayaan bersama para pemainnya. - Agensi Khaitiano


No comments: