Sunday, July 8, 2007

kek coklat amerika


Kek Coklat Amerika



Saya ingin meminta kek coklat amerika. Kerana sebelum ini saya ada menjumpai resipi itu dalam arkib namun setelah saya ingin mencarinya semula untuk kali kedua, resipi itu tidak kelihatan. Harap puan dapat memberi resipi tersebut.

American Chocolate Cake
4 oz coklat masakan
8 oz mentega
2 camt Vanilla
2 cawan tepung kek
2 cawan gula kaster
1 1/2 camt serbuk penaik
1 camt soda penaik
1 camt garam
1 cawan susu cair
4 biji telur

Cairkan coklat dan mentega dalam periuk tak lekat, kacau atas api perlahan hingga cair. Ketepikan dari api, masukkan vanila. Dalam mangkuk besar, satukan tepung, gula, serbuk penaik, soda penaik dan garam. Masukkan campuran coklat, susu dan telur, pukul hingga kembang.

Tuangkan ke dalam 2 tin berukuran 9 inci yg disapu marjerin dan ditaburkan dgn tepung. Bakar pada 175 C selama 30-35 min atau hingga masak. Biar dalam tin selama 5 minit sebelum dikeluarkan.