Sunday, September 6, 2009

I'M " SpiderMan "

Manusia paling berani?

Memanjat dengan tangan kosong dan berdiri di puncak Menara Berkembar Petronas setinggi 452 meter memang satu perbuatan gila. Namun, itulah ‘dendam’ Spiderman Perancis, Alain Robert sejak 12 tahun lalu.




LELAKI kurus dan berambut lurus ini sudah lama mengidam untuk berdiri di puncak Menara Berkembar Petronas setinggi 452 meter itu.

Percubaan pertama Spiderman Perancis itu ialah pada tahun 1997.

Bagaimanapun, dia gagal selepas ditahan pegawai keselamatan bangunan 88 tingkat itu di tingkat 60. Pada tahun 2007, dia mencuba lagi. Kali ini masih gagal. Dia ditahan, juga di tingkat 60.

Bagaimanapun, pada subuh Selasa lalu, Alain Robert, 47, dapat juga menyempurnakan dendamnya selama 12 tahun. Dia hanya mengambil masa selama 90 minit bermula pukul 6 pagi untuk memanjat bangunan keluli dan berkaca itu.


SPIDERMAN Perancis ini dikesan berada di puncak Menara 2, Menara Berkembar Petronas, kira-kira pukul 8 pagi, sehari selepas Hari Kemerdekaan malaysia ke-52.


Sebagai meraikan kejayaannya, Robert berdiri sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya ke udara di atas bebola kecil di hujung tiang di puncak Menara 2.

"Saya hanya menggunakan tangan untuk memanjat bulatan tiang menara itu sebelum sampai di puncak.

"Itulah kemahiran saya yang mungkin tidak ada pada orang lain," katanya yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya oleh kerajaan tempatan Perancis.


BIARPUN ditahan, dihumban ke lokap dan didenda RM2,000, Robert masih dapat tersenyum puas setelah impiannya tertunai.





Bangunan yang telah di tawan olehnya :








AKSI Robert dalam salah satu percubaan 'gilanya' untuk menawan Menara Berkembar Petronas pada Mac 2007.




HANYA kasut mendaki dan beg berisi serbuk kapur yang menemani Robert melunaskan impiannya menakluk bangunan tinggi.






Monday, July 13, 2009

Manchester UNited New Home Kits 2009/2010

























Old Trafford , Manchester United telah memperkenalkan Official New Home Kits 2009 / 2010 musim baru ini pada 1 july 2009. Pemain united di atas seperti Patrice Evra, Edwin Van Der Sar , Wayne Rooney , Rio Ferdinand dan Park Ji Sung telah memperagakan jersi keramat tersebut.
Jersi baru ini juga akan mula di pakai oleh pemain-pemain united pada Man Utd Asia Tour 2009 di benua asia seperti Malaysia , Indonesia , FC SEOUL ( Korea ) , dan HANGZHOU GREENTOWN FC ( China )..Sir Alex Ferguson di jangka membawa kesemua bintang-bintangnya di dalam jelajah ini termasuklah pemain yang baru seperti Michael Owen , Luis Antonio Valencia , Gabriel Obertan termasuklah pemain yang baru di beli Douglas Costa dari brazil.

Sunday, June 21, 2009

Paradox Fc Vs Staff Adtec batu Pahat


Paradox Fc menentang staff adtec batu pahat dengan berkesudahan 2-2 pada perlawanan pertama hasil jaringan ery dan khalil. Perlawanan ke-2 kalah 1-0 jaringan en heikal , perlawanan ke-3 menang 3-1 jaringan izuan,kimy, dan khalil .perlawanan ke-4 kalah 2-1 jaringan khaidhir .

Sunday, May 17, 2009

Manchester United Won a Title Barclays EPL Champion 2009



MANCHESTER - Manchester United sah muncul juara Liga Perdana England musim 2008/2009 selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Arsenal di Old Trafford semalam.

Kejayaan itu menjadikan United pasukan pertama berjaya memenangi kejuaraan liga bagi tiga musim berturut-turut sebanyak dua kali.Kemenangan lain ialah memenangi kejuaraan sumbangsih,di ikuti FIFA world club champion , Carling Cup dan Champions EPL .Pemburuan seterusnya ialah menentang pasukan Barcelona FC di Rome pada 28 hb May 2009.

Selepas mengungguli liga pada musim 1998/1999, 1999/2000 dan 2000/2001, semalam United sekali lagi melakar kejayaan hatrik bermula musim 2006/2007, 2007/2008 dan 2008/2009.

United kini telah 11 kali menjuarai Liga Perdana England daripada 17 musim mereka di bawah bimbingan pengurus Alex Ferguson.

Kejayaan kali ini juga membolehkan mereka mengikat Liverpool sebagai juara terbanyak kempen liga dengan 18 kali kejayaan.

Bagi Ferguson pula, dia kini telah mengumpul 25 trofi kejuaraan utama sejak membimbing United pada 1986.

United tidak berdiam diri dan melakukan percubaan empat minit kemudian tetapi tandukan Wayne Rooney hasil hantaran silang Michael Carrick juga sedikit tersasar.

Babak kedua bersambung, bintang United, Cristiano Ronaldo melakukan percubaan hasil hantaran Carlos Tevez tetapi ia melepasi palang gol.

Ia juga merupakan sentuhan terakhir Tevez yang dikeluarkan selepas itu dengan diikuti ejekan para penyokong United yang tidak menggemari tindakan Ferguson mengeluarkannya.

Selepas tiga minit masa kecederaan diberi, pengadil Mike Dean akhirnya meniup wisel penamat dan serentak dengan itu, Ferguson terus berlari ke arah padang untuk meraikan kejayaan bersama para pemainnya. - Agensi Khaitiano


FriendLy HardCorE Intercourse Match



ADTEC Batu Pahat :Pasukan Paradox FC telah memenangi perlawanan persahabatan dengan pasukan daripada bengkel mekatronik ( semester 6 ) dengan jaringan 2-0 ..hasil jaringan oleh khalil dan juga izuan.Di ikuti perlawanan seterusnya menetang pasukan dari bengkel pembuatan ( semester 6 ) dengan jaringan 3-1 hasil jaringan oleh khaidhir , izuan dan juga khalil.Perlawanan berikutnya pada 18 hb menentang bengkel pembuatan ( semester 5 ) di ikuti bengkel kimpalan ( semester 5 ) pada 20 hb .
Perlawanan di jangka sengit dengan persaingan yang mantap dari semua bengkel .Di harapkan pasukan Paradox FC dapat mengimbangi perlawanan persahabatan yang di anjurkan supaya pasukan ini yang kebanyakkannya ialah pelajar-pelajar IT Networking ( Sem 5 ) di segani kembali oleh ADTEC dan juga bengkel-bengkel yang lain.GO LUCK PAradoX FC.

PARADOX FC
( FOOTBALL TEAM )



PARADOX FC
( FUTSAL TEAM )

Saturday, March 28, 2009

60 Earth Hour




Tanggal 28 March 2009 pukul 8.30 waktu setempat, di manapun anda berada, adalah merupakan jam bumi (earth hour), di mana 81 negara di dunia pada jam tersebut “bersatu-padu” untuk sejenak “mendinginkan” bumi dari serangan pemanasan global. Pendinginan bumi tersebut adalah dengan cara mematikan lampu dan peralatan elektronik lainnya yang tidak perlu selama satu jam saja pada 28 March 2009 pukul 8.30 sampai 9.30 malam nanti.

Earth Hour dipelopori pertama kali oleh WWF Australia dan baru dilaksakan seluruh dunia di tahun 2008. Di tahun 2008 tersebut baru 35 negara yang berpartisipasi. Kini, di tahun 2009, rencananya 81 negara akan berpartisipasi untuk melaksakan Earth Hour ini, dan Indonesia adalah satu di antaranya. Saya sendiri baru mengetahui Earth Hour ini dari National Geographic Channel beberapa bulan yang lalu. Dan rencananya National Geographic Channel Asia ini juga akan menunda siaran regularnya selama satu jam pada pukul 8.30 waktu Hong Kong guna ikut melaksanakan Earth Hour ini.

Thursday, March 26, 2009

Team ParadoX FC # FutSaL #



Barisan Pemain :

Dari belakang >

Haszul ( popo ), KhairulFizal ( Lone ) , khalil ,
Khaidhir ( Khai ) , Hilmi ( Bulet ) Aka ManaGeR Team

Dari Depan >

Kamarul ( Mualap ), Izuan ( E-one ) &
FauzEe ( PoJie ).

Tuesday, January 13, 2009

Cristiano Ronaldo - FIFA World Player 2008



ZURICH: Fifa mengumumkan Cristiano Ronaldo sebagai pemenang anugerah pemain terbaik bagi musim 2008 pada undian tahunan melalui pilihan jurulatih dan kapten pasukan antarabangsa.

Berdasarkan pencapaian Cristiano Ronaldo yang memenangi anugerah trofi Ballon d'Or oleh wartawan bola sepak Disember selaku pemain terbaik Eropah, menjadikan penyerang Manchester United itu menjadi pilihan utama.

Ronaldo yang membantu kelab itu menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Dunia Kelab sepanjang 2008,Tempat kedua Lionel Messi dan ketiga Fernando Torres,di ikuti Kaka dan Xavi Hernandez

Super Sunday 11/01/09-Manchester Utd 3-0 chelsea


























MANCHESTER UNITED 3-0 cHELsEA

Manchester-Ahad ,jaringan Nemanja Vidic,Wayne Rooney dan Dimitar Berbatov menyumbangkan satu gol masing-masing ketika membantu Manchester United menang 3-0 ke atas Chelsea di Old Trafford.Ini MErupakan kekalahan teruk
" Big Damaged" pasukan chelsea sepanjang 15 tahun rekod pertemuan

Monday, January 12, 2009

Manchester United win FIFA Club World Cup Japan 2008



Finally... Pasukan Manchester United menjuarai Fifa CLub World Cup di japan..Jaringan Wayne Rooney..
Aku mcm beselah terharu team fav aku mng...diorang ni mmg dari segi teknikal control football ,counter Attack n shooting on goal mmg still gempak dri dlu hingga skrang.. Team ni skrang di segani dari local dan luar negara kerana reputasi di samping melahirkan bintang2 bolasepak yg dikenali...
bermula dgn george best,Eric cantona,David beckham,peter shemichael,irwin,gary neville,c.ronaldo,nistelrooy,veron,paul scholes,ryan giggs n ramai lgi..N Alex ferguson bijak di dalam mencari bakat2 bru serta strateginya di dalam setiap game...
Anyway GOOD LUCK 4 MAN UTD....
Glory2 Man utd...
You're Guys r The best 4ever....hahahahahaha